Jumat, 01 Desember 2017

happy Milad Yaa Rasululloh.....
MONGGO DIKENALKAN KEPADA ANAK CUCU KITA...
BIODATA ROSULULLOH S.A.W
 Nama : Muhammad bin Abdulloh bin Abdul Muththolib bin Hashim_
 Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal, bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; karena peristiwa tentara bergajah
Abrahah yang menyerang kota Ka'bah)
 Tempat lahir : Di rumah Abu Thalib, Makkah Al-Mukarramah.
 Nama bapak : Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hashim.
 Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf.
 Pengasuh pertama  : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapak Rasulullah SAW).
 Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
 Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah, suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN
 Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
 Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapak Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muththalib.

USIA 8 TAHUN
 Datuknya, Abdul Muththalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapak saudaranya, Abu Thalib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapak saudaranya, Abu Thalib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang didzalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
Baginda SAW bersama-sama Abu Thalib dan beberapa orang bapak saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapak saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Mas kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Ka'bah.
Pembinaan semula Ka'bah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira' sebagai pelantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah / 8 Juni 632 Masehi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
 Khadijah Binti Khuwailid.
 Saudah Binti Zam'ah.
 Aisyah Binti Abu Bakar (anak Sayyidina Abu Bakar).
 Hafsah binti 'Umar (anak Sayyidina 'Umar bin Al-Khattab).
 Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
 Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
 Zainab Binti Jahsy.
 Maimunah Binti Harith.
 Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
 Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin', Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
 Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah at-Tamimi (anak kepada Sayyidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah → Hamzah
2. Abu Salamah → Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN :
1. Halimah Al-Saidiyyah → Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Muthallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. 'Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPAK DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
( ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTHTHALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah **
14. Arwa **
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
***Masuk Islam.
Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku
Dan sesiapa yang mencintai aku niscaya dia bersama-samaku di dalam syurga"
(Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى وسلم على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Nabi Muhammad SAW - Manusia agung

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH
Begitu indahnya sifat fisikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bertemu muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
_Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:_
 Aku belum pernah melihat lelaki yang segagah Rasulullah saw..
 Aku melihat cahaya dari lidahnya.
 Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
 Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
 Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
 Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
 Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
 Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
 Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
 Wajahnya seperti bulan purnama.
 Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
 Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
 Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
 Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
 Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
 Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
 Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
 Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
Janggutnya penuh dan tebal menawan.
 Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
 Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
 Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
 Rambutnya sedikit ikal.
 Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
 Rambutnya terbelah di tengah.
 Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
 Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
 Seimbang antara kedua bahunya.
 Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
 Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
 Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
 Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
 Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
 Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
 Warna putihnya lebih banyak.
 Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
 Warna kulitnya putih tapi sehat.
 Kulitnya putih lagi bercahaya.
 Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kokoh.
 Badannya tidak gemuk.
 Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi gagah.
 Perutnya tidak buncit.
 Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA  :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mencintai Allah dan RosulNya, seperti Allih dan RosulNya mencintai

Wallohu'alam
Semoga bermanfaat

0 komentar:

Posting Komentar

BERSYUKURLAH KEPADA SUAMI karena ALLOH,,,,,,,,,,,,,,,,

 o0o_بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم_ oOo BAHAGIA itu,,, sangat SEDERHANA (31) oOo السلام عليكم ورحمة الله وبركاته oO...